Sunday, August 1, 2010

Minggu 3 jurnal refleksi

Salam kepada semua dan salam 1 Malaysia. Kuliah pada minggu ini obkektif/sasaran kuliah ialah kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori Muzik Tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Kuliah bermula dengan tajuk adaptasional dan idiosinkretik. Adaptational ialah penyesuaian,. Contohnya, di Malaysia popular dengan ghazal pathi dan ghazal johor tetapi ianya disesuaikan dengan tempat, dimana ghazal johor di negeri johor dan ghazal pathi di negeri utara. Contoh lain, di Indonesia ialah orkes gambus. Idiosinkretik pula bermakna cara/gaya tersendiri dan sulit. Sebagai contoh, gambus @ gambus hadramaut berasal dari timur tengah dan berhijrah ke dunia melayu pada abad 14 dan seterusnya menular ke afrika utara.



Seterusnya klasifikasi alat muzik.. setiap budaya, bangsa dan Negara mempunyai pandangan dan susunan/klasifikasi yang tersendiri. Contoh,klasifikasi alat muzik barat, telah di kategorikan kepada 3 iaitu,perkusi(percussion),bertali dan tiupan. Dengan ini saya sertakan gambar alat tiupan fugal horn.











Seterusnya, ciri-ciri dalam muzik tradisional Malaysia. Terdapat 2 tradisi iaitu, tradisi besar(budaya istana) dan kecil (budaya rakyat). Antara ciri-cirinya ialah bentuk seni lakun utama, bentuk tarian utama, ensemble gendering, vocal dan instrumental sola, ensemble social popular dan ensemble lain. Disini saya sertakan video dan gambar2 alat muzik yang jarang kita ketahui.




SAPEH


SOMPOTAN





SUDATANG





TARIAN RANDAI




Untuk kuliah pada hari ini,banyak perkara baru yang saya belajar dan perolehi. Contoh seperti alat-alat muzik yang tidak biasa dilihat dan dengar. Begitu juga dengan muzik bentuk seni lakun dan muzik bentuk tarian utama. Terima kasih kepada En. Amran kerana memberi begitu banyak input yang berguna.

1 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 2:30 AM said...

Saya sangat bersetuju dengan anda. Dalam subjek ini, kita telah banyak mendapat input yang berguna khususnya tentang muzik tradisional Malaysia yang semakin dilupakan.

Post a Comment

 

Blog Pelajar kum.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 ASHARI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template