Bismillahirahmanirahim, salam Satu Malaysia buat semua, Pada kuliah yang kedua Malaysia Tradisional Music, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sounscape, budaya muzik,sejarah muzik tradisional, kategori alat muzik dan konsep/struktur. Suasana Pembelajaran Muzik Tradisional ini amat memberansangkan untuk menjana minda dengan pelbagai teknik dan cara (PNP) oleh tuan pengendali kursus, En.Azman. Pada pendapat saya, kursus ini membantu para siswa dan siswi sebagai penambahan pengetahuan untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan mahir kelak.
Soundscape menurut Murray Schafer, 1967 ialah Pemandangan bunyi, merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Istilah ini wujud daripada dua perkataan yang berbeza dan membentuk satu kata istilah baharu dan makna yang baru. Perkataan ini berasal daripada kata sound (suara atau bunyi) dan Scape ( pemandangan) dan menjadi soundscape.Dalam pembelajaran topic soundscape, para siswa siswi diberikan pendedahan kepada bagaimana untuk memfokuskan kepada bunyi yang terhasil melalui pendengaran. Antara kaedah yang menarik diberikan oleh tuan pengendali kursus ialah memberikan gambaran paparan audio dan juga menjelaskan lagi dengan mengambil contoh didalam bilik kuliah tersebut dengan memfokuskan bunyi yang ada pada keadaan senyap. Hasil daripada kaedah itu, kami mendapati bunyi yang amat jelas adalah bunyi alat pendingin haba.
Topik seterusnya ialah Budaya muzik. Budaya muzik bermaksud penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi, material (peralatan, pakaian,dan benda sekeliling) Budaya pula bermaksud perkara yang diturunkan dari generasi ke generasi. Daripada penjelasan pembelajaran yang lepas,budaya muzik ini adalah melalui keluarga, komuniti, daerah, negeri atau Negara. Pada pendapat saya, fokus dalam topik ini adalah kemampuan untuk mengenalpasti budaya muzik melalui genre dan juga mengenalpasti sub-budaya muzik melalui genre. Perakara ini adalah amat penting lebih-lebih lagi kepada siwa siswi dalam pengkhususan pendidikan muzik. Adalah amat memalukan sekiranya seorang guru muzik tidak mempunyai pengetahuan tersebut. Dalam penjelasan lain Setiap komuniti mempunyai muzik mengikut budaya masing-masing. Dalam penambahan lain pula, manusia dari pelbagai budaya memberi makna yang pelbagai mengikut budaya yang dimiliki. Perkara ini adalah merujuk kepada persoalan “adakah muzik itu universal”.
Subtopik seterusnya ialah berkaitan dengan sejarah muzik tradisional. Sejarah ini perlu dilihat dari sudut dunia Melayu lama merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea dan Filipina. Dalam Konteks Budaya , terdapat persamaan alat/struktur muzik, yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Timur Tengah, India dan China. Dalam pembelajaran ini siswa siswi diberikan pengetahuan bahawa Interaksi sosiobudaya menghasilkan kepelbagaian genre. Antara fokus utama dalam subtopik ini membincangkan bagaimana muzik itu sampai kesatu-satu tempat. Secara amnya, muzik itu adalah perkaitan dengan pergerakan manusia. Hasil pembelajaran ini amat berguna kerana secara langsung para siswa siswi tahu sedikit sebanyak tentang asal dan sejarah muzik tradisional ini.
Subtopik seterusnya ialah Ketegori dalam Muzik Tradisional. Sebagaia asas, pengetahuan tentang jenis keluarga alat muzik diterapkan dalam memfokuskan topik ini. Antara keluarga alat muzik ialah kordofon (getaran pada tali), mambranofon (melalui kulit atau membrane ), aerofon (melalui lubang udara ), dan idiofon (melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema ) pendedahan asas ini adalah penting. Sekiranya pengetahuan asas ini ini tidak diterapkan, pendengar tidak tahu menganalisa sesebuah muzik dengan menyenarai alat muzik apakah yang dimainkan dangenre apakah yang dimainkan.
Subtopik terakhir ialah berkaitan Konsep/struktur. Pada pendapat saya, perkara ini adalah menjadi perkara yang paling asas dan mendasar kepada sesuatu pengetahuan muzik. Antara konsep/struktur dalam muzik ialah melodi,irama,harmoni, tempoh, notasi , picth, dan pentafsiran mood sesebuah lagu. Tanpa pengetahuan ini,pendengar sesebuah muzik itu diibaratkan seperti bermain bolasepak tanpa bola dan tiang gol (^_^) v. Pengetahuan ini seharusnya perlu ada kepada pengamal muzik khusus kepada siswa siswi muzik agar muzik itu dapat dihargai dan dapat diamalkan.
BUSANA DAN PROPS
13 years ago
1 comments:
well done =)
Post a Comment