Wednesday, October 27, 2010

Jurnal Refleksi Minggu-13

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua mahasiswa/mahasiswi SMP2252
( Traditional Music)

Secara keseluruhannya, pelaksanaan kuliah SPM2252 adalah antara kursus yang terbaik setakat ini yang telah saya ikuti. Pelbagai input yang serba lengkap membuatkan setiap para siswa/siswi mendapat pengetahuan yang sama dalam setiap kuliah dan pembentangan yang dilakukan oleh rakan sekalian.

Secara peribadi, kursus ini telah membuka mata pelbagai pihak tidak kira dari pihak siswa/siswi yang lain, bahkan pihak atasan berkenaan dengan sistem pelaksanaan kuliah secara padat, cepat, disamping menjimatkan masa dan wang. Saya menyokong penuh cara pengajaran En.Amran ini dalam pengajaran yang akan datang, walaupun pada awalnya saya sendiri tidak memahami dan tidak dapat mengikuti kursus ini dengan sebaiknya. Perkara ini datang daripada kelemahan diri saya sendiri yang kurang memberi komitmen dan juga "buta IT" . Walaupun yang demikian, pada pertengahan minggu kuliah, keadaan semakin stabil dan alhamdullilah saya dapat mengikuti kursus ini.

Dari aspek kandungan kuliah pula, saya sangat berpuas hati. "Lengkap" adalah istilah yang sesuai dalam mengklasifikasikan kandungan kuliah yang telah diberikan. Dengan sikap En.Amran yang senang didekati oleh siswa/siswi, hubungan dua hala dalam pengajaran berlaku dengan begitu baik dan menyeronokkan. Disamping itu, wujud suasana yang mencuit hati dengan pelbagai karenah spontan dan juga yang dibuat-buat oleh muka-muka yang tak tahu malu itu (hihihi).

Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Amran diatas komitmen yang berterusan dalam menjayakan sistem pengajaran terhadap kami yang nakal ini.

Wassalam...

4 comments:

smp2252shafry on October 29, 2010 at 11:38 PM said...

tahniah anda berjaya membuat jurnal minggu ini..teruskan usaha anda....
usaha tangga kejayaan...

SMP2252 FARAH on October 30, 2010 at 7:01 AM said...

amat menyeronokkan kerana En Amran sporting & tidak terlalu 'straight'.. kn..kn..kn..

SMP2252 ASHARI on October 31, 2010 at 6:24 AM said...

betul 2.. =)

SMP2252 Holoahshin on October 31, 2010 at 9:05 AM said...

good luck ~~

Post a Comment

 

Blog Pelajar kum.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 ASHARI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template