Salam sejahtera semua..
Jurnal refleksi pada minggu ke-4 ini adalah berkaitan dengan wayang kulit. Fokus dalam pembelajaran kuliah minggu ke-4 ini adalah jenis wayang kulit, alat yang digunakan dan perbezaan diantara jenis wayang kulit tersebut.
Antara jenis wayang kulit ialah
- wayang kulit jawa
- wayang gedek
- wayang kulit melayu
- wayang kulit kelantan
Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan muzik wayang kulit iaitu seni muzik, hikayat, lakunan, pengetahuan agama dan seni lukis atau ukir. Seni untuk membuat patung wayang sahaja memerlukan kemahiran dan juga kesabaran yang tinggi. Dalang dan panjaknya pula perlu menghafal lebih kurang 35 buah lagu.
Wayang kulit jawa yang juga dikenali sebagai wayang purwa adalah berasal dari Indonesia. Ia banyak dipersembahkan di Johor dan Selangor. Dalam iringan muziknya pula adalah menggunakan alat muzik gamelan jawa. Secara amnya, patung-patung wayang kulit ini menyerupai patung wayang kulit kelantan, tetapi yang membezakannya adalah pada bentuk mata patung dan kedua-dua sendi patung wayang kulit jawa boleh bergerak.
Seterusnya ialah jenis Wayang kulit (gedek) yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia, Perlis dan Kedah. Wayang kulit jenis ini banyak menggunakan campuran bahasa Thai dan juga bahasa tempatan. Wayang kulit ini juga dominan dengan pengaruh siam. Patung-patung yang dihasilkan mempunyai pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan lain-lain lagi. Alat muzik yang digunakan adalah seperti canang serunai, kesi kecil geduk, gedombak, dan cing.
Manakala wayang kulit melayu ada sedikit persamaan dengan wayang kulit jawa kerana ia juga berasal dari Indonesia. Selain itu juga, wayang kulit melayu juga dikenali sebagai wayang purwa. Jenis wayang ini banyak dipersembahkan di istana Patani. Watak patung-patung wayang ini mudah untuk dikenalpasti dengan melihat rekaan patung pada kedudukan kepala. Watak baik akan menundukkan kepala ke bawah, manakala watak jahat lazimnya berhidung besar dan mendongak ke atas. Alat muzik yang di gunakan ialah canang, Gong, mong, kesi, gendang dan rebab.
seterusnya, jenis wayang kulit kelantan, adalah merupakan teater rakyat yang sangat popular. Antara kisah atau penceritaan yang popular ialah cerita melayu, cerita panji dan cerita-cerita tempatan. Patung wayangnya pula diukir dlam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas kenderaan. Bahasa yang di gunakan ialah dialek melayu kelantan yang mempamerkan pengaruh patani. Alat muzik yang digunakan pula ialah tetawak, canang, kesi, gedung, geduk, gedombak, mong, serunai dan pemetek.
Pada masa kini,masyarakat penggiat wayang kulit ini mempelbagaikan penceritaan sesebuah pertunjukkan. Antaranya yang berunsurkan ragam masyrakat setempat contohnya seperti paparan video tersebut
0 comments:
Post a Comment