Sunday, August 15, 2010

Minggu 5 : jurnal Refleksi

Salam buat Siswa&Siswi semua

Topik kuliah minggu ke-5 adalah berkaitan dengan muzik Gamelan & caklempong. Antara fokus dalam perbincangan topik ini ialah berkenaan dengan sejarah, alatan, jenis dan perbezaan diantara kedua-dua jenis muzik tersebut.

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang. Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel.
Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul.

Kedatangan gamelan Terengganu berlaku dengan peristiwa peristiwa gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Secara amnya, muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

Antara jenis Gamelan ialah
-Gamelan Jawa
-gamelan Bali
-Gamelan sunda
-Gamelan banyuwangi
-Gambang Kromong
-Gamelan Amerika

*susun-atur alatan gamelan

Seterusnya ialah Muzik tradisional caklempong. Perbezaan asal dalam kedua-dua jenis muzik tradisoinal ini adalah pada mulanya muzik gamelan hanya dimainkan untuk golongan atasan sahaja dan hanya dimainkan didalam istana, manakala muzik tradisional caklempong adalah merupakkan muzik yang diamainkan dikhalayak masyarakat. Dan perubahan kepada muzik gamelan sekarang adalah jelas bahawa muzik gamelan telah dimainkan oleh masyarakat setempat sebagai iringan dalam pelbagai majlis. Begitu juga dengan Muzik Caklempong. Muzik Tradisional ini dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera.

Muzik caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalam drama tari randai. Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak (Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki) Cara Duduk ( Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik) Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.

Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.

persembahan caklempong

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar kum.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 ASHARI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template