Sunday, September 26, 2010

minggu 9 : jurnal refleksi


Salam

Rasanya tidak terlambat untk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Minggu ini telah mask minggu ke 9 dan kuliah diteruskan dengan pembentangan yang bertajuk mak yung.Pembentangan pada hari ini amat menarik kerana dimulakan dengan tarian mak yung. Disini, saya diajar menari tarian ini. Bukan senang untk menarikan tarian ini kerana saya bukanlah penari dan badan pun tidak lah lembut.



Sebelum perbentangan bermula, satu jam sebelumnya ialah kami dipersembahkan dengan ensemble muzik oleh staf2 pemuzik dari fakulti muzik. Dekan juga turut serta dalam persembahan ini. Lagu yang dipersembahkan ialah muzik yang mengiringi wayang kulit dan mak yung.

Kembali kita kepada perbentangan pada hari ini. Kump pada hari ini dimulakan dengan tarian mengadap rebab. Kami diajar menari dengan bantuan video hasil kerja lapangan mereka dan dipertontonkan sambil ahli2 kump tersebt membantu membetulkan kedudukan kami. Bagi saya amat menarik kerana saya dapat merasakan sendiri kesusahan semasa belajar menari tarian ini. Bukan senang untuk belajar tarian ini.

Benda baru yang saya dapt ialah dari sejarah sejarah mak yung. Banyak pendapat menyatakan tentang sejarah mak yung ini. Satu sahaja yang ingin saya komen ialah, kump ini tidak menunjukkan video tarian mak yung yang sebenar. Jika ditambah dengan vidoe2 ini tentu pembentangan akan bertambah menarik. Tahniah kepada kumpulan pembentangan pada hari ini.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar kum.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 ASHARI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template